Dear Allah, I know you've planned our journey. Allah also plans. And Allah is the Best of Planners.
Kita redha dengan ketentuanmu, segala ujian yangengkau telah berikan kepadaku.
Sesungguhnya engkau maha mengetahui. Tetapi kadang-kadang,aku tidak kuat untuk menghadapi ujian yang engkau telah berikan.
Aku mohon, berikan kekuatan. Berikan aku hati yang ikhlas. Hanya satu yang ku pinta, rahmatilah keluarga Taufiq, berikan mereka kekuatan dan hati yang meredhai ape yang telah berlaku pada mereka. Sesungguhnya engkau lebih menyayangi mereka, kerana itu, ujian yang engkau berikan kepadanya.
Aku mohon, kuatkan Taufiq. Berikan beliau hati yang mulia.
Aku pinta, berikan Taufiqku yang dulu kala. Seseorang yang periang, penyayang,mudah ketawa, yang kuat menghadapi cabaran hidup, dan anak yang soleh.
Hanya itu yang aku pinta darimu. Aku merindui Taufiq yang dulu.
Masa akan menentukan segalanya, engkau yang tentukan segalanya.
Dear Allah, beliau tidak sekuat yang engkau fikirkan, tetapi terangilah hati beliau. Berikan beliau ketaqwaan. Itu yang mampu membuatkan perjalanan ini mudah untuknya.